Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Program Sua Mesra Kdn 20241108

Published: 08 Nov 2024 9.43 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Ayuh bersama memeriahkan Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 9 November 2024 (esok), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Sekolah Kebangsaan Dublin, Karangan, Kedah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-program-sua-mesra-kdn-20241108
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:21 MYT
Ayuh bersama memeriahkan Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 9 November 2024 (esok), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Sekolah Kebangsaan Dublin, Karangan, Kedah.

Pelbagai program dan aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya ialah pertunjukan 69 Komando, Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter bayaran saman trafik dengan pengurangan sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, pameran perkhidmatan jabatan dan agensi di bawah KDN serta pelbagai gerai jualan produk.

Semua dijemput hadir. Jumpa anda di sana! ❤️🇲🇾

ArticlePublished 08 Nov 2024 9.43 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM