
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Sempurnakan Majlis Penutup Mesyuarat Ppt Pdrm Tahun 2025
Johor Bahru, 8 November 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup...
Johor Bahru, 8 November 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 bertempat di KSL Hotel & Resort, di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang telah berlangsung selama lima hari bermula pada 3 November lalu itu, melibatkan seramai 150 pegawai dan anggota JLog seluruh kontinjen, briged serta formasi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dan Ketua Penolong Pengarah (Perolehan) JLog Bukit Aman, ACP Rosmawati Muhamad.
Sumber: Polis Johor