
Ayuh meriahkan program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kedah.
Pelbagai program dan aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya pameran perkhidmatan jabatan dan agensi KDN, kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia, perkhidmatan bergerak Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, serta pelbagai gerai jualan produk.
Jom datang beramai-ramai. Jumpa anda di sana!
