Article
Hebahan Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 Pameran Aset Kerajaan
Antara aset Jabatan PDRM yang terlibat dalam pameran tersebut adalah dari Unit Kereta Peronda, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Sia...
Sempena Program Madani Rakyat Zon Timur 2024, Pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan pameran aset-aset keselamatan iaitu bermula 5 hingga 7 Julai 2024, jam 9.00 pagi bertempat di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.
Antara aset Jabatan PDRM yang terlibat dalam pameran tersebut adalah dari Unit Kereta Peronda, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Pasukan Polis Marin serta banyak lagi..
Jangan lepaskan peluang ini! Saksikan aset-aset keselamatan negara khas untuk anda.
Jumpa anda di sana! 

Sumber: Malaysia MADANI