
Artikel
TAN SRI RAZARUDIN PENGERUSIKAN MESYUARAT IG's UPDATE BILANGAN 4 TAHUN 2024
Kuala Lumpur, 4 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Bilangan 4 bagi tahun...
Kuala Lumpur, 4 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Bilangan 4 bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Mesyuarat tersebut bertujuan bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan pengurusan Pasukan dan turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan kepimpinan jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sekretariat dari Urus Setia KPN diketuai oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Antara perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan perancangan perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan perancangan hala tuju pengurusan sumber manusia Pasukan bagi tahun ini.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Sabri






