Artikel
Hebahan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026
Ayuh beramai-ramai memeriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petan...
Ayuh beramai-ramai memeriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Perkarangan Parlimen Malaysia.
Pelbagai agensi kerajaan turut mengambil bahagian, termasuk Polis Diraja Malaysia yang menyediakan pameran berkaitan kesedaran pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, selain perkongsian maklumat mengenai pencegahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran oleh Bahagian D3 (ATIPSOM).
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026!
Jumpa anda di sana! 
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)