
Article
Hebahan Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Yt1 Lelaki Dan Wanita Awam Tahun 2023
Pengambilan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki dan Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2023 akan dibuka mulai 14 November 2023 sehingga 30 Novembe...
Pengambilan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki dan Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2023 akan dibuka mulai 14 November 2023 sehingga 30 November 2023.
Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan adalah dijemput untuk memohon dalam Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM.
1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik dan ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.
Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia