Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Peluang Menangi Wang Tunai Rm5 000 Menerusi Pertandingan Reka Bentuk Pakaian Pancaragam Pdrm

Diterbitkan: 22 Dec 2024 3.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.45 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Reka Bentuk Pakaian Pancaragam PDRM seperti syarat-syarat yang ditetapkan di bawah. Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 31 Disember 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-peluang-menangi-wang-tunai-rm5-000-menerusi-pertandingan-reka-bentuk-pakaian-pancaragam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Reka Bentuk Pakaian Pancaragam PDRM seperti syarat-syarat yang ditetapkan di bawah. Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 31 Disember 2024.

📌 Penyertaan adalah PERCUMA.
📌 Terbuka kepada semua RAKYAT MALAYSIA sahaja.
📌 Reka bentuk hendaklah asli.
📌 Reka bentuk adalah termasuk pakaian, seluar dan “cap”
📌 Corak rekaan adalah bebas namun WAJIB untuk kekalkan beberapa aksesori PDRM.
📌 Warna pakaian adalah bebas, namun perlulah signifikan dengan kepolisan.
📌 Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
📌 Kod warna/ “pantone” perlulah dinyatakan dalam reka bentuk.
📌 Setiap penyertaan perlulah mereka bentuk dua (2 ) kategori pakaian iaitu Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis.
📌 Rekaan terbaik akan menjadi hak cipta milik PDRM sepenuhnya dan PDRM berhak untuk mengubah rekaan tersebut.
Setiap reka bentuk hendaklah di hantar melalui email Pancaragam Pusat PDRM (pancaragam@rmp.gov.my).
Untuk Maklumat lanjut sila rujuk syarat pertandingan dan Borang Penyertaan sebagaimana di bawah:

📌Pertanyaan lanjut, Sila hubungi :
1) Superintenden Mohd Syahmi Daim
Tel: 0195588400
2) DSP Mesmoro Edward
Tel: 0192978460
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2024 3.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.45 PM