Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ketua Sindiket Isteri Dua Skim Pelaburan Kena Tahan Kpn

Diterbitkan: 22 Dec 2024 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Sadao ketika hendak memasuki negara berkenaan pada 16 Disember lalu manakala isterinya ditahan di sebuah lokasi lain di Thailan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ketua-sindiket-isteri-dua-skim-pelaburan-kena-tahan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuala Lumpur, 22 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat dua skim pelaburan dikaitkan dengan seorang rakyat Malaysia sebagai ketua sindiket pelaburan itu yang didakwa menipu hampir 5 bilion baht (RM652.8 juta).

Lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Sadao ketika hendak memasuki negara berkenaan pada 16 Disember lalu manakala isterinya ditahan di sebuah lokasi lain di Thailand.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, merujuk kepada laporan media, pasangan itu dikaitkan dengan pelaburan yang dikenali Nicshare dan Commonapps.

“Setakat ini, 24 laporan polis sudah diterima berkaitan pelaburan Nicshare membabitkan nilai kerugian RM8.212 juta dan dua laporan bagi skim pelaburan Commonapps dengan nilai kerugian RM34O,O79.

“Siasatan pada masa ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2024 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM