
Article
Hebahan Ltdl 2025 Penutupan Laluan Peringkat Tujuh 031025
Sumber: PETRONAS Le Tour de Langkawi
Sempena Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, penutupan jalan akan dilaksanakan bagi peringkat ketujuh bermula di Melaka dan berakhir di Medini, Johor Bahru pada esok, 4 Oktober 2025.
Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan yang dirancang, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi arahan pegawai bertugas dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi melancarkan pergerakan semasa kejohanan berlangsung.