
Artikel
Ltdl 2025 Peringkat Tujuh Melaka Medini
Melaka, 4 Oktober 2025 – Peringkat Ketujuh Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula dari Jalan Hang Tuah dan berakhir di Jalan Medini 5, Iskandar Put...
Melaka, 4 Oktober 2025 – Peringkat Ketujuh Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula dari Jalan Hang Tuah dan berakhir di Jalan Medini 5, Iskandar Puteri, Johor merupakan laluan terpanjang edisi kali ini dengan jarak sejauh 214.9 kilometer (km).
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama barisan pimpinan JSPT turut tidak melepaskan peluang menyertai konvoi perlumbaan di peringkat ini.
Laluan landai tanpa sebarang zon pendakian juga menyaksikan para pelumba mengharungi tiga zon pecutan mendebarkan di Sungai Rambai (KM26.0), Semerah (KM74.3) dan Pontian (KM166.0), sekali gus menjadi peluang terbaik untuk mencatat masa pantas.
Keadaan cuaca panas ditambah dengan jarak laluan yang paling jauh dalam edisi kali ini turut menjadi cabaran besar kepada pegawai dan anggota JSPT yang bertugas, namun semangat tinggi serta komitmen mereka memastikan kelancaran perlumbaan sepanjang perjalanan.
Esok, saingan peringkat akhir bakal berlangsung bermula di Dataran Ledang, Tangkak, Johor sebelum menuju ke garisan penamat di Kuala Lumpur City Centre dengan jarak sejauh 180.2km, sekali gus menutup tirai edisi LTdL 2025.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar



