Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Lima 23 Pameran Aset Demonstrasi Maritim Pameran Kerjaya Dan Kaunter Saman Pdrm

Diterbitkan: 06 Apr 2023 2.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Layari Facebook Rasmi LIMA ’23 di https://www.facebook.com/2023LIMA untuk mendapatkan pelbagai informasi menarik berkaitan acara bertaraf dunia itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-lima-23-pameran-aset-demonstrasi-maritim-pameran-kerjaya-dan-kaunter-saman-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Maritim dan Teknologi Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bakal membuka tirainya pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.
Elemen-elemen PDRM yang terlibat adalah dari Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara, Komando 69, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Cawangan Persenjataan Bukit Aman, Bahagian Pengambilan Bukit Aman serta Muzium PDRM.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir menyaksikan pameran aset-aset Pasukan, demonstrasi maritim, pameran kerjaya serta kaunter saman trafik yang akan diadakan sepanjang acara berlangsung. Ketetapan jadual masuk para pengunjung adalah mengikut kategori dan lokasi seperti di lampiran.

Jadi, apa tunggu lagi!? Ayuh sama-sama kita memeriahkan LIMA’23 pada kali ini. Inilah juga peluang untuk anda melihat kehebatan aset-aset udara dan maritim dari 30 buah negara!

Layari Facebook Rasmi LIMA ’23 di https://www.facebook.com/2023LIMA untuk mendapatkan pelbagai informasi menarik berkaitan acara bertaraf dunia itu.

 
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2023 2.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM