Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

HEBAHAN: LARIAN HARI POLIS COMMUNITY SAFETY RUN 7KM

Diterbitkan: 22 May 2024 1.59 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah seperti sebuah motosikal, basikal, hamper serta barangan elektrik termasuk hadiah utama, sebuah kereta Ativa yang ditaja khas oleh pihak Perodua.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-larian-hari-polis-community-safety-run-7km-20240522
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:17 MYT
Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024.

Kategori larian yang dipertandingkan adalah 7km dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah seperti sebuah motosikal, basikal, hamper serta barangan elektrik termasuk hadiah utama, sebuah kereta Ativa yang ditaja khas oleh pihak Perodua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perodua dan semua pihak yang terlibat atas tajaan hadiah kepada program larian ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!

Para peserta yang membuat pendaftaran awal (early birds) bermula dari 1 April hingga 5 Julai depan akan memperoleh diskaun sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta sahaja.

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang secara online menerusi pautan:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Majlis Sukan PDRM di talian: 03-22668446.

Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda di sana nanti!


May be an image of 1 person and text that says 'SEMPENA HARI POLIS KE-217 ผอเดวรเด่น HARCA EAALY AWAM BIROS SAHAJA RESERT AM65.00 RECOS

May be an image of text that says 'SEMPENA POLIS POLIS RUN LARIAN HARI KE-217 COMMUNITY SAFETY 7KM ISTANA HEHAHIMAN PUTRAJAHA HADIAH UTAMA 6 JULAI 2024 JAM

ArtikelDiterbitkan 22 May 2024 1.59 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM