
Artikel
Hebahan Larangan Terbangkan Dron Tanpa Kebenaran Di Putrajaya
Orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepanjang Lintasan Terbang Sempena Istiadat...
Orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepanjang Lintasan Terbang Sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bermula pada 4 hingga 10 Jun 2023 di sekitar Putrajaya.
Larangan ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya membabitkan aspek keselamatan orang ramai serta pasukan yang terlibat dalam latihan tersebut. Tindakan menerbangkan dron tanpa kebenaran juga boleh mengganggu pergerakan latihan yang melibatkan aset udara khususnya helikopter.
Semua aktiviti pengendalian dron di Malaysia adalah tertakluk di bawah Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan- Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).