Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Pdrm Pada 27 Hingga 29 Januari Depan

Published: 25 Jan 2023 6.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Sukan Ekuestrian) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu pada 27 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-kejohanan-kuda-lasak-antarabangsa-piala-pdrm-pada-27-hingga-29-januari-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:51 MYT
Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Sukan Ekuestrian) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu pada 27 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Penyertaan adalah terbuka kepada kelab-kelab equestrian yang berdaftar di bawah Equestrian Association of Malaysia (EAM) dan sebanyak tiga acara utama yang akan dipertandingkan iaitu 40 kilometer (KM) CEN, 80KM CEN dan 100KM CEN/CEI. Turut dipertandingkan ialah Barrel Race dan VIP Ride 15KM, bagi menambahkan lagi kemeriahan kejohanan.

Hadiah wang tunai dan piala bakal menanti para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Ayuh tunggu apa lagi? Sama-sama sertai dan meriahkan kejohanan ini. Jumpa anda di sana! ❤️🏇

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 25 Jan 2023 6.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM