
Artikel
Hebahan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Pdrm
Hadiah wang tunai dan piala bakal menanti para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Sukan Ekuestrian) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu Sdn. Bhd. pada 27 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
Penyertaan adalah terbuka kepada kelab-kelab equestrian yang berdaftar di bawah Equestrian Association of Malaysia (EAM) dan sebanyak tiga acara utama yang akan dipertandingkan iaitu 40 kilometer (KM) CEN, 80KM CEN dan 100KM CEN/CEI. Turut dipertandingkan ialah Barrel Race dan VIP Ride 15KM, bagi menambahkan lagi kemeriahan kejohanan.
Hadiah wang tunai dan piala bakal menanti para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Ayuh tunggu apa lagi? Sama-sama sertai dan meriahkan kejohanan ini. Jumpa anda di sana! 

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: