
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman sebanyak RM50 bagi semua saman trafik (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya) bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim petang tadi.
Justeru, PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memudahkan orang ramai membayar saman mereka bermula 21 April 2023 (Jumaat), jam 8.00 pagi melalui saluran-saluran berikut :
i) Aplikasi MyBayar Saman;
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja);
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara; dan
iv) Semua kaunter Pejabat Pos Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini! Pada mereka yang belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui :
i) Portal - https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/details...
iii) Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM