
Artikel
Hebahan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara Selatan Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri
PLUS Malaysia telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar sempena cuti musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di...
PLUS Malaysia telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar sempena cuti musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada 29 April hingga 9 Mei 2022.
Pengguna jalan raya adalah disarankan untuk mengikut jadual tersebut sebagai inisiatif bagi mengurangkan kesesakan trafik daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.
Rancang perjalanan anda dengan bijak dan pastikan kenderaan telah diselenggara sebelum memulakan perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Sumber: PLUS Malaysia
