Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Iklan Dan Maklumat Palsu Pengambilan Ke Jawatan Pdrm

Published: 09 Feb 2021 12.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pengambilan menafikan terdapatnya eksesais pengambilan ke jawatan Inspektor dan Konstabel PDRM pada masa
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-iklan-dan-maklumat-palsu-pengambilan-ke-jawatan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pengambilan menafikan terdapatnya eksesais pengambilan ke jawatan Inspektor dan Konstabel PDRM pada masa kini.

Perbuatan mempromosikan iklan dan maklumat yang tidak sahih tersebut kini dikesan aktif di dalam media sosial khususnya di aplikasi Whatsapp dan Telegram dengan tujuan untuk menaikkan jumlah pelawat ke laman web pihak tertentu.

Orang ramai diingatkan supaya mengabaikan sebarang mesej yang berbentuk promosi tersebut bagi menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan dan dinasihatkan juga untuk sentiasa membuat rujukan di laman web e-pengambilan PDRM bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

May be an image of text that says 'SUARAKERIAYE Pengambilan Terkini JAWATAN KOSONE POLIS DIR PDRM Jawatan Inspektor & MALAYSIA Konstabel Seluruh Malays
ArticlePublished 09 Feb 2021 12.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM