
Hebahan Iklan Dan Maklumat Palsu Pengambilan Ke Jawatan Pdrm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pengambilan menafikan terdapatnya eksesais pengambilan ke jawatan Inspektor dan Konstabel PDRM pada masa kini.
Perbuatan mempromosikan iklan dan maklumat yang tidak sahih tersebut kini dikesan aktif di dalam media sosial khususnya di aplikasi Whatsapp dan Telegram dengan tujuan untuk menaikkan jumlah pelawat ke laman web pihak tertentu.
Orang ramai diingatkan supaya mengabaikan sebarang mesej yang berbentuk promosi tersebut bagi menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan dan dinasihatkan juga untuk sentiasa membuat rujukan di laman web e-pengambilan PDRM bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat.