Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Countdown Kadar Khas Bayaran Saman 2 Hari Lagi

Diterbitkan: 20 May 2023 8.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik sedang menawarkan Kadar Khas Bayaran Saman yang telah bermula pada 21 April dan bakal berakhir pada 21 Mei 2023 (esok).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-countdown-kadar-khas-bayaran-saman-2-hari-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik sedang menawarkan Kadar Khas Bayaran Saman yang telah bermula pada 21 April dan bakal berakhir pada 21 Mei 2023 (esok).

Tawaran tersebut meliputi semua saman trafik (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya) dengan jumlah bayaran hanya RM50 termasuk saman berstatus senarai hitam (blacklist).

Hanya saman yang berstatus pembicaraan (M) sahaja tidak layak mendapat kadar khas.

Orang ramai yang masih belum menjelaskan tunggakan saman boleh melakukannya melalui saluran-saluran berikut:

i) Aplikasi MyBayar Saman;
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja);
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara; dan
iv) Semua kaunter Pejabat Pos Malaysia

Aplikasi MyBayar Saman boleh dimuat turun di pautan berikut:


May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 20 May 2023 8.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM