Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Cepat Cepat Tinggal Tiga Hari Sahaja Lagi Pendaftaran Larian Hari Polis Community Safety Run 7km

Published: 13 Jun 2024 1.33 PM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-cepat-cepat-tinggal-tiga-hari-sahaja-lagi-pendaftaran-larian-hari-polis-community-safety-run-7km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024, sebelum pendaftaran akhir pada 15 Jun 2024.

Kategori larian yang dipertandingkan adalah 7km dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah seperti sebuah motosikal, basikal, hamper serta barangan elektrik termasuk hadiah utama, sebuah kereta Ativa yang ditaja khas oleh pihak Perodua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perodua dan semua pihak yang terlibat atas tajaan hadiah kepada program larian ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!

Para peserta yang membuat pendaftaran awal (early birds) bermula dari 1 April hingga 5 Julai depan akan memperoleh diskaun sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta sahaja.

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang secara online menerusi pautan:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Majlis Sukan PDRM di talian: 03-22668446.
Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda di sana nanti!


May be an image of 1 person and text that says 'SEMPENA HARI POLIS KE-217 DIBATE MALMESIB HARCA EARLY AMS5.4 TERMAC HEPAAA 5C0 AWAM BIROS SAMAJA AESORTA 29

May be an image of text that says 'SEMPENA HAP POLIS LARIAN HARI KE-217 POUIS RUN COMMUNITY SAFETY 7KM ISTANA HEHAHIMAN PUTRAJAHA HADIAH MA 6 JULAI 2024 JA

ArticlePublished 13 Jun 2024 1.33 PMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM