
Artikel
Posting Pilihan Jspt Terima Modul Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Dua Unit Dron Daripada Perkeso
Modul Kempen Keselamatan Jalan Raya (Advokasi) merupakan panduan komprehensif yang direka untuk menyokong usaha advokasi keselamatan jalan raya di Malaysia. Ia...
Kuala Lumpur, 13 Jun 2024 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerima Modul Keselamatan Jalan Raya (Advokasi) dan dua unit dron daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam satu majlis ringkas di Menara PERKESO, Jalan Ampang di sini.
Modul Kempen Keselamatan Jalan Raya (Advokasi) merupakan panduan komprehensif yang direka untuk menyokong usaha advokasi keselamatan jalan raya di Malaysia. Ia juga bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang undang-undang serta peraturan jalan raya, amalan keselamatan semasa memandu, program kesedaran dan pendidikan.
Sementara itu, dua unit dron yang turut diterima merupakan antara inovasi penting dalam penguatkuasaan undang-undang. Dron atau “Unmanned Aerial Vehicles” (UAV) mempunyai kelebihan yang signifikan bagi memudahkan pengawasan dan pengurusan trafik serta penguatkuasaan peraturan lalu lintas.
Dalam majlis tersebut, DCP Dato' Mohd Nasri menzahirkan penghargaan kepada pihak PERKESO atas sumbangan dron dan kerjasama yang diberikan. Beliau turut berharap agar kerjasama oleh kedua-dua pihak akan membawa manfaat besar dalam usaha mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Pengarah II JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan para pegawai kanan JSPT Bukit Aman.
Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM