
Article
Hebahan Amaran Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat
Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System mengeluarkan amaran risiko berlakunya banjir kilat sekiranya hujan...
Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System mengeluarkan amaran risiko berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Penduduk di kawasan yang berisiko dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir