Hasil Maklumat Awam Pusat Judi Diserbu
Premis
yang dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan menawarkan permainan
judi dalam talian kepada pelanggan selama 24 jam sehari telah diserbu
oleh pihak polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Operasi
yang dijalankan adalah hasil aduan yang diterima daripada penduduk
kondominium ini selain daripada intipan yang dilakukan oleh pihak
berkuasa kira-kira sebulan lalu. Sebanyak 29 buah computer bernilai
RM20,000 yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian di premis
itu disita. Turut dirampas wang tunai sebanyak RM1,000 yang disimpan di
dalam kaunter pusat judi berkenaan.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo