Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hasil Maklumat Awam Pusat Judi Diserbu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Premis yang dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan menawarkan permainan judi dalam talian kepada pelanggan selama 24 jam sehari telah diserbu oleh pihak polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hasil-maklumat-awam-pusat-judi-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:40 MYT

Premis yang dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan menawarkan permainan judi dalam talian kepada pelanggan selama 24 jam sehari telah diserbu oleh pihak polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Operasi yang dijalankan adalah hasil aduan yang diterima daripada penduduk kondominium ini selain daripada intipan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kira-kira sebulan lalu. Sebanyak 29 buah computer bernilai RM20,000 yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian di premis itu disita. Turut dirampas wang tunai sebanyak RM1,000 yang disimpan di dalam kaunter pusat judi berkenaan.

Hasil Maklumat Awam Pusat Judi Diserbu
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM