Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hasil Kejayaan Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
hasil saringan awal air kencing yang dijalankan didapati seramai (458) orang positif pelbagai jenis dadah iaitu ( meth, opiate, thc, dan amp) manakala seramai (231) orang didapati negatif. mereka yang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hasil-kejayaan-operasi-khas-jabatan-siasatan-jenayah-nakotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:48 MYT

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2013 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, telah menjalankan operasi tapis khas selama 48 jam berterusan mulai 05.07.2013 (1600 hrs) sehingga 07.07.2013 (1600 hrs) yang melibatkan jsjn kl dengan kerjasama jsjn bukit aman dan jsjn selangor. operasi ini dijalankan bagi menangani masalah aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di sekitar kuala lumpur, serta membendung peningkatan kadar jenayah merangkumi semua daerah sekitar kuala lumpur.

timbalan ketua jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur, superintenden adnan bin azizon menjelaskan bahawa, ’sepanjang operasi dijalankan, pihak jabatan siasatan jenayah narkotik telah menangkap seramai (689) orang di atas pelbagai kesalahan dadah yang terdiri daripada (446) melayu, (80) cina, (82) india, dan (81) lain-lain bangsa yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 51 tahun dengan pecahan lelaki (631) orang manakala perempuan (58) orang.

hasil saringan awal air kencing yang dijalankan didapati seramai (458) orang positif pelbagai jenis dadah iaitu ( meth, opiate, thc, dan amp) manakala seramai (231) orang didapati negatif. mereka yang positif dadah ditahan dan akan dituduh di bawah seksyen 3(1) (a) akta penagihan dadah (rawatan dan pemulihan) 1983. manakala kes-kes disiasat di bawah akta dadah berbahaya 1952 membabitkan sek. 39b - 1 kes, sek. 39a(1) - 6 kes, sek. 39a (2) - 1 kes, sek. 12(2) - 31 kes, sek. 6 - 1 kes dan sek. 15(1)(a)- 59 kes serta 3 kes masih dikehendaki di bawah lain-lain seksyen. operasi yang dijalankan juga berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 86.48gm, syabu seberat 47.25gm, ganja seberat 0.8gm dan erimin 5 seberat 0.2gm.

Dalam sidang media yang diadakan pada pagi tadi juga supt adnan bin azizon, timbalan ketua jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur berkata,’bagi tempoh januari hingga jun 2013, jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur telah berjaya menumpaskan 10 kumpulan pengedaran dadah di lembah klang dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai rm 8.8 juta membabtikan pelbagai jenis dadah seperti heorin, ganja, syabu, pil estacy, ketamin dan pil erimin 5’.

pihak jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur akan meneruskan pemantauan dan menjalankan operasi tapis dari semasa ke semasa bagi memastikan tempat-tempat yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah dapat dibanteras. adalah dipercayai dengan operasi berterusan sebegini akan membendung kegiatan jenayah jalanan di sekitar kuala lumpur.

Sumber : HEA IPK Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM