Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Terakhir Syawal

Published: 11 Jun 2014 7.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis di serikan dengan kehadiran tetamu istimewa, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg. Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH CP Dato' Salleh bin Mat R..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-terakhir-syawal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:37 MYT
Sungai Besi,  28 September 2011 - Setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan, umat Islam gembira menyambut ketibaan bulan Syawal.  Hari-hari terakhir di bulan syawal ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah menganjurkan Salam Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Bersama Masyarakat Jabatan KDN/KA di Pangkalan Unit Udara PDRM Semenanjung, Sungai Besi, Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg. Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri, YBhg. Datin Puziah binti Bahari serta mantan-mantan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia bersama isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu jemputan dan warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.

Juadah-juadah yang enak dan membuka selera telah sedia menanti tetamu yang hadir pada malam ini. Gerai-gerai juadah telah dihias dengan cantik dari unit-unit di Jabatan KDN/KA.  Antara juadah yang disediakan  ialah nasi beriani bersama lauk ayam/kambing, lemang dan rendang, kambing bakar, lontong, satay, mee rebus, laksa, kuih muih, buah-buahan dan beraneka jenis air minuman.

Tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan dari Quintet PDRM, Ghazal dari Badan Kebudayaan Muzium PDRM, Badan Kebudayaan Briged Tengah PGA dan nyanyian dari wakil-wakil unit.

Di akhir majlis, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri bersama YDH Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada malam itu.

Hari Terakhir Syawal
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Hari Terakhir Syawal
kanan...Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari

Hari Terakhir Syawal
Kanan...YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar (tengah)

Hari Terakhir Syawal
Kanan... Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Abdul Rahim  bin Mohd Noor

Hari Terakhir Syawal
Kanan.. Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Hussin bin Haji Ismail


Gambar-gambar sekitar majlis Salam Aidil Fitri Polis Diraja Malaysia Bersama Masyarakat Jabatan KDN/KA

Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal

Suasana di gerai ...
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal

Sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal
Hari Terakhir Syawal



Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto  : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus Jangor
ArticlePublished 11 Jun 2014 7.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM