
Artikel
Hari Polis Ke 219 Komuniti Agama Kristian Pdrm Anjur Sembahyang Khas Di Gereja St John S Cathedral
Kuala Lumpur, 24 April 2025 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah menganjurkan upaca...
Kuala Lumpur, 24 April 2026 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah menganjurkan upacara sembahyang khas di Gereja St. John’s Cathedral, Bukit Nanas, di sini.
Upacara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Puan Hannah Yeoh Tseow Suan.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, bersama isteri beliau, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis JSJ Bukit Aman, Datin Tan Yean Nee.
Program tahunan itu disertai kira-kira 600 warga pasukan serta para pesara polis dalam suasana penuh tertib dan khusyuk, dengan dipimpin oleh Uskup Agung Kuala Lumpur, Yang Amat Mulia Julian Leow Beng Kim.
Ia menjadi wadah untuk memohon keberkatan dan perlindungan Tuhan agar seluruh warga PDRM sentiasa dikurniakan kekuatan, keselamatan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah menjaga keamanan negara.
Selain itu, program berkenaan juga bagi memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat kekitaan dalam kalangan warga PDRM yang berbilang kaum dan agama, di samping menyemai nilai kerohanian serta kesejahteraan diri dalam kalangan pegawai dan anggota yang hadir.
Jurugambar: Lans Koperal Norkhairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Bryanlie Mustin




