
Artikel
Hari Polis Ke 218 Sembahyang Khas Warga Pdrm Beragama Sikh Meriahkan Sambutan
Kuala Lumpur, 19 April 2025 – Sempena sambutan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Sikh telah menganjurkan satu majlis sembahyang kh...
Kuala Lumpur, 19 April 2025 – Sempena sambutan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Sikh telah menganjurkan satu majlis sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), pagi tadi.
Majlis tahunan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga PDRM dan masyarakat setempat, seiring dengan slogan keramat pasukan, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Ia turut diserikan dengan kehadiran Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo Deo sebagai perasmi acara dan berbesar hati memberikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada setiap Gurdwara Polis iaitu Gurdwara Sahib Polis KL, Parlimen KL, PULAPOL KL, Polis Ipoh dan Polis Pulau Pinang.
Acara dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Sri Dasmesh Pipe Band Malaysia yang menampilkan muzik tradisi dengan penuh semangat dan berprestij.
Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara polis CP Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Ravindar Singh Sarban Singh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Gurcharan Singh Udham Singh dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abdul Rashid dan Lans Koperal Bryan Mustin




