Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 218 Sajak Nafas Perjuangan Angkat Pengorbanan Warga Sang Saka Biru

Diterbitkan: 25 Mar 2025 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – Deklamasi penuh semangat sajak bertajuk “Nafas Perjuangan” bergema megah mengangkat pengorbanan warga Sang Saka Biru dalam Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-218-sajak-nafas-perjuangan-angkat-pengorbanan-warga-sang-saka-biru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:24 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – Deklamasi penuh semangat sajak bertajuk “Nafas Perjuangan” bergema megah mengangkat pengorbanan warga Sang Saka Biru dalam Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218.

Sajak karya seni Sub Inspektor Yusuf Ramji dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Johor itu diterjemahkan sepenuh jiwa bersama Inspektor Nik Mustakim Nek Musa dari Cawangan Khas, IPD Gombak, Selangor dan Inspektor Adi Saufi Majid dari Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang, dengan iringan alunan violin oleh Koperal Alif Azfar Ishak dari Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ternyata, persembahan khas tersebut bukan sahaja memukau perhatian para tetamu, malah berjaya menyuntik inspirasi dan semangat perjuangan yang lebih membara dalam diri setiap warga Pasukan.

Meskipun Hari Polis pada tahun ini diraikan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, namun kemeriahannya tetap dirasai. Tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" yang memasuki tahun ke-10 dilihat tetap relevan bagi menzahirkan keakraban hubungan antara PDRM dengan masyarakat, di samping memperkukuh budaya mesra polis dan mempertingkatkan kerjasama dalam usaha mencegah jenayah serta mengekalkan keselamatan negara.

Sambutan penuh bersejarah tadi turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan penghargaannya atas dedikasi dan pengorbanan tanpa mengenal penat lelah seluruh warga Pasukan.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Seri Anwar disambut Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim.

Berucap dalam majlis itu, Tan Sri Razarudin menzahirkan komitmen PDRM untuk terus memastikan keselamatan masyarakat sentiasa didahulukan dan kedaulatan negara kekal diutamakan, selaras dengan peranan yang termaktub di dalam Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967.

“Saya mewakili seluruh warga PDRM terus berpegang kepada prinsip mengutamakan masyarakat. Oleh itu, kami menjanjikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, seiring dengan cabaran, kehendak, dan keperluan masa kini. Insya-Allah,” ujar beliau di hadapan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis yang hadir.

Para tetamu turut dipertontonkan dengan tayangan montaj bertajuk “Tolak Rasuah” yang mengetengahkan sejarah perjuangan Sang Saka Biru menerusi Op Taring 2024. Operasi tersebut memperlihatkan ketegasan PDRM dalam membanteras jenayah dan menolak sebarang cubaan wang suapan ketika melaksanakan tugas.

Kemuncak majlis menyaksikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Balai Polis Cemerlang Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 2024 kepada 13 buah balai polis yang telah mempamerkan kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.

Sebelum berakhir, Dato’ Seri Anwar turut berbesar hati menyampaikan Pampasan Takaful Kelompok Koperasi PDRM berjumlah RM92,500 kepada waris pesara polis, Allahyarhamah Sarjan Noor Ferizah Zainal yang meninggal dunia pada 7 Mac lalu akibat komplikasi paru-paru.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan isteri, Puan Sri Maheran Jamil, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah dan isteri, Datin Seri Hamisah Hussin, Peguam Negara, Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar dan isteri, Datin Nik Dr. Rozana Kamal, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dan isteri, Datin Che Norshina Mohd Hashim, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, ketua-ketua agensi di bawah KDN, barisan Pengarah PDRM, pesara-pesara polis serta rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.


May be an image of 1 person

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of ‎5 people, dais and ‎text that says '‎F 2024 ز ፍኝ ಶ್ೀಂ @H @ RA eTi AIPASAN IPASANKEMATIAN KEMATIAN TAKAFUL ITAKAFULBE

May be an image of crowd

May be an image of 2 people, dais and text that says 'KON Grefutin Devingatin! HARI POLIS KE-218 TAHUN 2025 25 MAC DEWAN TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM 20

May be an image of 6 people and text

ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2025 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM