Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pesara Polis Di Hctm

Diterbitkan: 25 Mar 2025 11.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, SAC Dato' Azman Salim yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-ziarah-kebajikan-ke-atas-pesara-polis-di-hctm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:29 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, SAC Dato' Azman Salim yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, petang tadi.

Walaupun padat dengan jadual tugas rasmi sejak awal pagi tadi, kelapangan waktu yang diusahakan oleh Tan Sri Razarudin menunjukkan komitmen dan keprihatinan tinggi beliau terhadap aspek kebajikan warga Pasukan.

Dato' Azman yang ditemani isterinya, Datin Zuraidah Kassim, telah dimasukkan ke hospital pada 16 Mac lalu akibat kanser paru-paru dan jangkitan kuman di pankreas. Beliau pernah berkhidmat sebagai Komandan Pusat Latihan Polis Kuching sebelum menjalani persaraan wajib pada 4 Mac 2019.

Dalam kunjungan tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan sokongan moral buat pasangan suami isteri itu agar terus tabah menghadapi ujian serta turut mendoakan kesembuhan kepada Dato' Azman.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people, hospital and text

May be an image of 8 people and hospital

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'II AMEER AME POLIS POL'

May be an image of 4 people, dais and text that says 'ndiothoracic cиrAeon መርን'

May be an image of 3 people, dais, hospital and text

May be an image of 1 person and hospital

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 6 people and text




ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2025 11.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM