Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 218 Komuniti Agama Kristian Pdrm Anjur Sembahyang Khas Di Gereja St Mary S Chathedral

Published: 25 Apr 2025 8.39 AM Updated: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuala Lumpur, 25 April 2025 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah menganjurkan Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian bertempat di Gereja St Mary's Chathedral, Jalan Raja, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-218-komuniti-agama-kristian-pdrm-anjur-sembahyang-khas-di-gereja-st-mary-s-chathedral
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT
Kuala Lumpur, 25 April 2025 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah menganjurkan Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian bertempat di Gereja St Mary's Chathedral, Jalan Raja, di sini.

Program yang diadakan saban tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur di samping upacara keagamaan tersebut telah dipimpin oleh Paderi, Rev. John Layang.

Selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penganut agama Kristian, majlis yang disertai hampir 150 warga Pasukan itu juga menekankan nilai-nilai kerohanian dan kesejahteraan dalam sanubari setiap pegawai serta anggota PDRM yang hadir ke upacara tersebut.

Yang turut hadir, pesara, DCP Dato' Tan Chong Jin dan Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok Suh Sim.

Jurugambar: Lans Koperal Norkhairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

ArticlePublished 25 Apr 2025 8.39 AMUpdated 15 Aug 2026 8.05 PM