Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 217 Timbalan Kpn Rasmi Penutup Program Kebudayaan Dan Kesenian

Diterbitkan: 24 May 2024 6.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Kebudayaan dan Keseniaan bersempena sambutan Hari Polis Ke-217 dekat Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-timbalan-kpn-rasmi-penutup-program-kebudayaan-dan-kesenian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:52 MYT
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Kebudayaan dan Keseniaan bersempena sambutan Hari Polis Ke-217 dekat Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Program yang julung kali diadakan bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dan warisan serta campuran etnik, agama dan tradisi di Malaysia khususnya dalam kalangan warga Pasukan.

Beberapa acara telah dipertandingkan seperti sayembara penulisan puisi, sayembara deklamasi puisi, pidato dan pementasan teater yang melibatkan warga Sang Saka Biru dalam setiap kategori.

Bagi kategori Sayembara Penulisan Puisi, Sarjan Adam Bakhtiar Buck Lee dari Kontinjen Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai johan manakala Sarjan Ardiansyah Wayang dari Kontinjen Sabah dan Inspektor Kamaruddin Siratang dari Kontinjen Selangor masing-masing berpuas hati di tempat kedua serta ketiga.

Manakala bagi kategori Sayembara Deklamasi Puisi, peserta dari Kontinjen Johor iaitu Sub Inspektor Yusuf Ramji muncul juara menewaskan peserta dari Kontinjen Sabah, Sarjan Ardiansyah Wayang yang mengungguli tempat kedua dan Sarjan Mustaza Mustaffa dari Kontinjen Perlis di tempat ketiga.

Kategori Pidato pula menyaksikan Inspektor Muhammad Faizul Mustafa dari Cawangan Khas Bukit Aman muncul juara manakala Inspektor Kamaruddin Siratang dari Kontinjen Selangor dan peserta dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DSP Mohd Firdaus Ramli masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kontinjen Sarawak yang mempertaruhkan pementasan teater bertajuk “Juang Seragam” berjaya memenangi hati para juri sekali gus diangkat sebagai johan menewaskan Jabatan Pengurusan Bukit Aman di tempat kedua dan Kontinjen Perlis di tempat ketiga bagi Kategori Pementasan Teater dalam pertandingan yang diadakan.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Dato' Sri Ayob Khan berkata penganjuran program kebudayaan dan kesenian seumpama ini merupakan platform terbaik untuk menjulang budaya dan warisan kesenian negara agar ia tidak ditelan zaman dan dilupakan.

"Dalam masa yang sama, program ini juga mengangkat martabat Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda kita, selain memberi ruang kepada warga Pasukan untuk mengekspresikan seni dalam diri masing-masing", ujar beliau lagi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Tuan Hj. Mohd Salahuddin Dato' Paduka Mohamed, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, CP Datuk Hj. Samsudin Basir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari dan Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganj

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, wedding and dais

May be an image of 1 person, dais and text that says 'สรงปม Majlıs Perasmian ወትቲ OGRAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN Penutupan SEMPENA DENGAN HA

May be an image of 5 people and text

May be an image of ‎11 people, dais and ‎text that says '‎SANERA こ Majlis Perasmian Penutupan PROGRAM KEBUD/ AAN DAN KESENIAN KESI B RSEMF NA DEN N

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 7 people, lighting, dais and text

May be an image of 2 people and dais
ArtikelDiterbitkan 24 May 2024 6.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM