Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 217 Pdrm Anjur Special Dialogue 2024 Tingkat Kerjasama Dengan Skmm Dan Ukm

Diterbitkan: 11 Mar 2024 9.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 11 Mac 2024 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan buat julung kalinya telah menganjurkan program 'PDRM Special Dialogue 2024' yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-pdrm-anjur-special-dialogue-2024-tingkat-kerjasama-dengan-skmm-dan-ukm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT
Cheras, 11 Mac 2024 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan buat julung kalinya telah menganjurkan program 'PDRM Special Dialogue 2024' yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Selain memperkukuh kerjasama di antara PDRM dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), objektif penganjuran forum seumpamanya ialah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai cabaran baharu dalam bidang keselamatan serta kesihatan awam, khususnya mengenai jenayah siber dan narkotik yang semakin kompleks dasawarsa ini.

Tertib forum tadi dimulakan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PDRM bersama SKMM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang pendidikan kepolisan untuk melahirkan lebih ramai graduan peringkat global yang mampu menangani isu-isu jenayah siber serta narkotik di dalam negara ini.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog pertama yang membincangkan kupasan tajuk ‘Technology on Crimes, The Challenges’ menampilkan beberapa figura hebat sebagai ahli panel iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) Malaysia, Puan Edora Ahmad, Pegawai Operasi Jenayah Siber Polis Antarabangsa (INTERPOL), Encik Kim Young Min dan Ketua Pegawai Eksekutif Cybots AI, Encik Rodney Lee bersama moderator, Timbalan Pengarah Jabatan Penipuan Telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Puan Wahidatul 'Abdah Aminul Rashid.

Manakala, bagi sesi dialog kedua pula kupasan perbincangan bertajuk ‘Danger of Subtance Abuse and Discovery Evolution Through Research Development’ yang mengetengahkan panel seperti Penolong Pengarah Narkotik (Perundangan/Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, ACP Chandra Segaran Subramaniam, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato' Dr. Mohammad Kassim, Pengarah Bahagian Forensik DNA, Pusat Analisis Sains Forensik, Puan Nor Aidora Saedon dan Country Attache US Drug Enforcement Administration (DEA) Kuala Lumpur, Mr. Steven Temprano yang dikelolai oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas E8, Bukit Aman, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal.

Dalam majlis yang sama tadi, tetamu kehormat turut dibawa melawat ke reruai pameran firma swasta yang mengambil bahagian seperti Asia International Security Summit and Expo, CrowdStrike, Cybots AI dan Dataport Technology Limited selain tidak ketinggalan juga penyertaan dari Jabatan JSJK dan JSJN mewakili Pasukan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, barisan Duta Negara Luar ke Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks yang berkata 'POLIS DIRAJA MALAYSIA MALAYSITB MCMC 11th March 2024 Royal Malaysia Police College Kuala Lumpur'

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks yang berkata 'Μου SIGNING POLIS DIRAJA MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA The National University Malaysia 11th 
Mungkin imej 7 orang, dais dan teks

Tiada huraian foto disediakan.

Mungkin imej 4 orang, dais, Pejabat Oval dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang, trompet, klarinet, orang ramai dan teks




ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2024 9.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM