
Artikel
Artikel Pilihan Maktab Pdrm Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu antara usaha PDRM mendepani cabaran berkaitan jenayah terbabit yang disifatkan kian m...
Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menjadikan Maktab PDRM di Cheras sebagai hab pembelajaran dan penyelidikan keselamatan siber dan pencegahan penyalahgunaan bahan terlarang.
"Maktab PDRM sudah bersiap sedia untuk menjadi pusat bagi penyelidikan dan latihan dalam keselamatan siber serta pembanterasan penyalahgunaan bahan terlarang. Ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam memerangi ancaman ini di peringkat serantau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis PDRM Special Dialogue 2024 sempena peringatan Hari Polis Tahun ke-217, di Maktab PDRM yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Tuan Fahmi Fadzil.