
Artikel
Hari Polis Ke 216 Yang Di Pertuan Agong Berkenan Bercemar Duli Ke Majlis Santapan Diraja
Subang Jaya, 21 Mac 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Sh...
Subang Jaya, 21 Mac 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Diraja bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023, di Sunway Resort Hotel, di sini, hari ini.
Majlis yang bermula pada jam 7.30 malam itu dihadiri oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama suami, Dato’ Haji Zamani Ibrahim, Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri, Datin Seri Norhayati Musa serta Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua Mes ditemani isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia.
Keberangkatan baginda berdua di hotel tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, disambut hampir 450 para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh kontinjen.
Baginda berkenan meluangkan masa hampir tiga jam di dalam majlis tersebut sebelum bersama-sama warga PDRM ke acara memotong kek sebagai simbolik meraikan Peringatan Hari Polis ke-216, tahun ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed dan isteri, Datin Zarina Othman, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Timbalan Yang Dipertua Mes dan isteri, Puan Sri Zainah Othman merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti merangkap Pengerusi Majlis Santapan Diraja, CP Dato’ Aidi Ismail bersama isteri, Datin Raja Asaudat Raja Muda serta barisan Pengarah PDRM dan isteri.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.