Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 216 Upacara Sembahyang Khas Warga Pdrm Beragama Sikh

Diterbitkan: 08 Apr 2023 8.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2023 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 yang disambut 25 Mac yang lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan upacara sembahyang khas di Gurdwara Sahib Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-216-upacara-sembahyang-khas-warga-pdrm-beragama-sikh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT
 
Kuala Lumpur, 8 April 2023 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 yang disambut 25 Mac yang lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan upacara sembahyang khas di Gurdwara Sahib Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Program yang telah direncana saban tahun
itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan warga PDRM dengan masyarakat setempat selain dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Pelbagai aktiviti dijalankan sejak semalam antaranya gotong-royong membersihkan kawasan upacara sembahyang dan ceramah berkenaan hala tuju remaja kaum Sikh dan kerjaya dalam bidang kepolisan yang disampaikan oleh ACP Pentadbiran, ACP Ravindar Singh Sarban Singh dari Bahagian Jawatankuasa CE/Pelesenan Am, Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang juga selaku pengerusi jawatankuasa penganjur.

Turut hadir, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara CP Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh, ACP Pusat Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, ACP Balveer Singh Mahinder Singh, Komandan Pusat Latihan Polis Marin, Tampoi, Johor, DSP Sarebjit Singh Balwan Singh dan pegawai polis yang beragama Sikh.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, temple and dais

May be an image of 5 people, temple and text that says 'S ਆਪਿ ਕਰਤਾ ਆਪਿਭੁਗਤਾ ਆਪਿ ਕਾਰਣੁ ਕੀਆ HARI 216 POLI

May be an image of 5 people and text that says 'HARI 216 POLIS'

May be an image of 10 people

May be an image of 1 person

May be an image of 7 people and text that says '216 HARI POLIS'

May be an image of 3 people, dais and temple

May be an image of 2 people

May be an image of 7 people and temple

May be an image of 13 people and dais
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2023 8.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM