Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 216 Sembahyang Khas Agama Hindu Di Kuil Sri Maha Muniswarar

Diterbitkan: 28 Apr 2023 4.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini melakukan ritual keagamaan ketika sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-216-sembahyang-khas-agama-hindu-di-kuil-sri-maha-muniswarar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini melakukan ritual keagamaan ketika sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Sembahyang khas agama Hindu itu adalah bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 yang disambut pada 25 Mac setiap tahun.

Upacara yang bermula jam 3.00 petang tadi diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan selaku pengerusi jawatankuasa majlis keagamaan.

Hampir 500 warga Pasukan beragama Hindu dari Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang memeriahkan upacara keagamaan itu dengan saling mendoakan supaya warga PDRM sentiasa memelihara keakraban di antara satu sama lain, selain memohon kesejahteraan terhadap negara tercinta, Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC S. Shanmugamoorthy Chinniah, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy, Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Dewi M. G Nair, bekas Ketua Polis Pulau Pinang, pesara CP Dato' T. Narenasegaran serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.


May be an image of 19 people, dais and text that says '206 SEMBAHYANG KHAS AGAMA HINDU SEMPENA DPM PERINGATAN HARI POLIS KE 216'

May be an image of 5 people, temple and text that says '216 HARI POLIS'

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people, temple, crowd and text

May be an image of 8 people and text that says '216 HARI POLIS ME'

May be an image of 4 people, temple and text

May be an image of 6 people, wedding and text that says '216 HARI POLIS a'
ArtikelDiterbitkan 28 Apr 2023 4.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM