
Article
Hari Polis Ke 216 Dato Khaw Kok Chin Hadir Policemen S Prayers Bersama Penganut Agama Buddha
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin hadir ke Ku...
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin hadir ke Kuil Buddhist Maha Vihara dekat Brickfields bagi menyempurnakan Upacara Sembahyang Khas Agama Buddha (Policemen's Prayers), pagi tadi.
Ketua Sami Buddha Maha Vihara Brickfields, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera mengetuai upacara sembahyang khas yang dilaksanakan setiap tahun mengikut takwim Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berucap dalam majlis itu, Dato' Khaw meminta warga Pasukan untuk terus mendoakan supaya PDRM terus dipelihara dari sebarang musibah keselamatan demi keamanan negara.
"Marilah juga kita berdoa agar Tuhan sentiasa memelihara warga PDRM sepanjang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negara. Semoga "Policemen’s Prayers" pada hari ini dimakbulkan dan dalam masa yang sama menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga besar Pasukan", ujar beliau.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Koh Seok Keng, Penolong Pengarah E1(C), Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Dato' Dr. Lim Joo Soon, Penolong Pengarah E6M, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Tan Beng Teow, Timbalan Komander Briged Tengah, ACP Chew Tham Soon, bekas Pengarah JSJK, pesara CP Dato' Koh Hong Sun, serta rakan-rakan media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

















