Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 215 Yang Di Pertuan Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja

Diterbitkan: 26 Mar 2022 5.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Diraja bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022, di Hotel The St. Regis, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-yang-di-pertuan-agong-berkenan-berangkat-ke-majlis-santapan-diraja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:14 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Diraja bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022, di Hotel The St. Regis, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Keberangkatan tiba baginda berdua di hotel tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, disambut hampir 170 para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh kontinjen.

Baginda berdua berkenan meluangkan masa hampir tiga jam di dalam majlis tersebut sebelum bersama-sama warga PDRM lain ke acara memotong kek sebagai simbolik meraikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215, tahun ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua Mes PDRM, Timbalan MDN II, Datuk Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Santapan Diraja, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, barisan Pengarah PDRM dan para jemputan khas.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 12 people, people standing, indoor and text that says '215 MALAYSI Daulat Tuanku MAJLIS SANTAPAN DIRAJA SEMPENA HARI POLIS DIRAJA MALAYS

May be an image of ‎7 people, people standing and ‎text that says '‎215 t Tuanku NTAPAN DIRAJA Sempena HARI POLIS KE 2022 na תשKA BAGINA 215 5P P

May be an image of 9 people, people standing, headscarf and text

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor May be an image of 9 people and people standing May be an image of 9 people and people standing May be an image of 6 people, people standing, suit and indoor

May be an image of 5 people and text that says 'AHA MALS SANTAPAN DIRAJA Sempena INGATAN HARI POLIS KE-2 HUN 202 Bersama SERI PADUKA BA Dan PADUKA 2 BERSA

May be an image of 12 people, people standing, indoor and text that says '215 MALAYSI Dowlati 超强 Tuanku MAJLIS SANTAPAN DIRAJA PERINGATAN HARI POLIS KE

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 13 people, people standing and flower

May be an image of 7 people and outdoors

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2022 5.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM