
Hari Polis Ke 215 Upacara Sembahyang Agama Buddha
Kuala Lumpur, 22 April 2022 – Sambutan Hari Polis ke- 215 dirancakkan dengan upacara sembahyang khas agama Buddha yang diadakan di Buddhist Maha Vihara, Brickfield, dekat sini, hari ini.
Upacara sembahyang dan keagamaan tersebut telah dipimpin oleh oleh Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera dan dihadiri hampir 200 orang yang terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam.
Dalam majlis yang sama, turut disampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Buddhist Maha Vihara dan warga kerja serta pesara PDRM oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas ll, CP Dato' Cheong Koon Kock yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Turut hadir, Penolong Pengarah E1(C), Cawangan Khas Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Keagamaan Buddha sambutan Hari Polis ke-215, SAC Dato' Dr. Lim Joo Soon, para pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta rakan media.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.