
Artikel
Hari Polis Ke 215 Terima Kasih Atas Ucapan Para Pemimpin Dan Rakyat Malaysia Yang Tercinta
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan tulus ikhlas yang dizahirkan oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia ter...
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan tulus ikhlas yang dizahirkan oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia tercinta sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022.
Biarpun nyawa menjadi taruhan, keselamatan kalian menjadi keutamaan kami. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Bersama-sama kita titipkan doa semoga tanah air tercinta ini kekal selamat, aman dan harmoni hingga ke akhirnya.
Kami sayang anda semua!!
'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'
#HariPolis215
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#25032022

















