Artikel
Hari Polis Ke 215 Mdn Dan Warga Pdrm Hadir Solat Jumaat Di Masjid Bukit Aman
Kuala Lumpur, 25 Mac 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat fardhu Jumaat di...
Kuala Lumpur, 25 Mac 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 yang disambut hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Dato' Razarudin Husain dan Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Zaini Jass.
Khutbah khas Hari Polis yang bertajuk 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' serta solat Jumaat tadi diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, SAC Hj. Ghazali Hj. Daud.
Hadir sama, barisan Pengarah PDRM dan warga kerja Bukit Aman serta penduduk sekitar.
Jurugambar: Koperal Muhamad Iqtar Azmi dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.