Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 215 Keratan Akhbar Pilihan Remaja Berjasa Dapat Penghargaan

Diterbitkan: 26 Mar 2022 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bota, 26 Mac 2022 - Tindakan berani seorang remaja lelaki menyelamatkan wanita dan anaknya selepas kereta dinaiki mereka itu terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah, di sini pada 17 Mac lalu mendapat penghargaan polis semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-keratan-akhbar-pilihan-remaja-berjasa-dapat-penghargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:45 MYT
Bota, 26 Mac 2022 - Tindakan berani seorang remaja lelaki menyelamatkan wanita dan anaknya selepas kereta dinaiki mereka itu terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah, di sini pada 17 Mac lalu mendapat penghargaan polis semalam.

Sijil penghargaan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 itu diberikan kepada Mohammad Amirul Aiman Zailani, 17, oleh Timbalan Ketua Polis Perak Tengah, DSP Mohd Uzir Ismail.

Mohammad Amirul Aiman berkata, dia terharu menerima sijil berkenaan dan mengakui ikhlas membantu wanita berkenaan bersama anaknya walaupun dirinya turut berisiko kerana hujan lebat ketika kejadian.

"Saya tak tergamak meninggalkan wanita itu bersama anaknya apatah lagi ketika itu hujan lebat dan arus juga deras. Tanpa berlengah saya terus terjun ke tali air untuk selamatkan mereka.

"Saya bersyukur kami selamat, cuma saya agak sedih kerana tidak dapat membantu seorang lagi anak wanita itu yang masih berada dalam kereta," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 4 people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2022 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM