Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 215 Keratan Akhbar Pilihan Ipd Bachok Buat Persembahan Tatu

Diterbitkan: 31 Mar 2022 5.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seramai 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Kelantan memeriahkan sambutan Hari Polis Ke-215 baru-baru ini dengan persembahan tatu menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-keratan-akhbar-pilihan-ipd-bachok-buat-persembahan-tatu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:20 MYT
Bachok, 31 Mac 2022 - Seramai 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Kelantan memeriahkan sambutan Hari Polis Ke-215 baru-baru ini dengan persembahan tatu menggunakan motosikal berkuasa tinggi.

Selain mempersembah pelbagai gerakan mengagumkan dalam mengendalikan motosikal, mereka turut menunjukkan prosedur ketika rondaan kepada orang ramai yang menghadiri majlis di pekarangan IPD Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, pertunjukan itu turut mendedahkan bagaimana operasi mengiringi pembesar negara dan persembahan tabik hormat sambil menunggang motosikal yang tidak diketahui orang awam.

Sumber: Utusan malaysia

May be an image of 8 people, people standing, motorcycle, outdoors and text that says 'IPD Bachok buat persembahan tatu SERAMAI anggota Bahagian Ibu Bachok
ArtikelDiterbitkan 31 Mar 2022 5.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM