Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 215 Keratan Akhbar Pilihan Berpaksikan Integriti Inspektor Thyagaraj Diberi Penghargaan Tujuh Kali Tolak Sogokan

Published: 26 Mar 2022 8.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka Tengah, 26 Mac 2022 - Berpaksikan kepada integriti dan prinsip hidup menjadikan seorang pegawai poIis menjauhi dan menolak sebarang salah laku rasuah biarpun pernah disogok untuk menerima wang tunai RM10,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-keratan-akhbar-pilihan-berpaksikan-integriti-inspektor-thyagaraj-diberi-penghargaan-tujuh-kali-tolak-sogokan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Melaka Tengah, 26 Mac 2022 - Berpaksikan kepada integriti dan prinsip hidup menjadikan seorang pegawai poIis menjauhi dan menolak sebarang salah laku rasuah biarpun pernah disogok untuk menerima wang tunai RM10,000.

Inspektor Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Inspektor S.Thyagaraj berkata, bukan sekali beliau diumpan, namun telah berdepan insiden terkutuk itu sebanyak tujuh kali bagi menutup beberapa kes jenayah termasuk kes dadah sejak berada dalam pasukan polis kira-kira 18 tahun.

Menurutnya, biarpun ditawarkan wang ringgit, namun tidak akan sesekali menggadaikan maruah diri dan pasukan beruniform itu meskipun segelintir masyarakat masih memandang sinis terhadap anggota polis.

"Kita ada harga diri dan saya juga bersyukur sentiasa dijauhi sikap tamak dan mementingkan diri," katanya selepas menerima Sijil Penghargaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Melaka ketika sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang, di sini pada Jumaat.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 26 Mar 2022 8.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM