Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 215 Artikel Pilihan Polis Bantuan Julung Kali Sertai Perbarisan Hari Polis

Published: 24 Mar 2022 3.13 PM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Buat julung kalinya, pasukan Polis Bantuan akan terbabit dalam perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-artikel-pilihan-polis-bantuan-julung-kali-sertai-perbarisan-hari-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:30 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Buat julung kalinya, pasukan Polis Bantuan akan terbabit dalam perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, esok.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, kerjasama adalah elemen penting dalam mencapai kejayaan cemerlang bagi sesebuah pasukan.
Sehubungan itu, katanya pasukan yang berkait rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Pasukan Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan perlu digandingkan bagi mencapai matlamat digariskan.
"Maka pada tahun ini sempena perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215, julung kalinya pasukan Polis Bantuan terbabit sama dalam perbarisan.
"Ini sebagai menggambarkan kesepadanan PDRM dalam mengekalkan ketenteraman awam, keharmonian, keselamatan dan keamanan negara," katanya kepada Berita Harian pada sesi wawancara sempena Hari Polis Ke-215 di Bukit Aman, Isnin lalu.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-bantuan-julung-kali...

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 24 Mar 2022 3.13 PMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM