
Artikel
Hari Polis Ke 215 Artikel Pilihan Pdrm Kekal Momentum Kecemerlangan Turunkan Indeks Jenayah Negara Pm
Kuala Lumpur, 25 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara sekali gus membuktika...
Kuala Lumpur, 25 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara sekali gus membuktikan kredibiliti tinggi dalam menjaga keamanan negara.
Perdana Menteri (PM) , Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerah untuk penugasan Op COVID-19, PDRM tetap komited mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta keamanan negara.
Beliau berkata jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.
Bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini pula, jenayah indeks turut kepada 8,484 kes berbanding 9,773 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan panas, memerah keringat dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana,” katanya ketika berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.