Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 214 Kpn Hadir Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat Mengikut Norma Baharu

Diterbitkan: 26 Mar 2021 10.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sekali gus menunaikan solat Jumaat dalam suasana norma baharu yang diadakan di Masjid Bukit Aman sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-214-kpn-hadir-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat-mengikut-norma-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT

Kuala Lumpur, 26 Mac 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sekali gus menunaikan solat Jumaat dalam suasana norma baharu yang diadakan di Masjid Bukit Aman sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214, tengah hari tadi.

Bertepatan dengan tema “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, para hadirin berpeluang mendengar khutbah Jumaat bertajuk “Rakyat Sepakat Negara Selamat” yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, SAC Tuan Haji Ghazali Haji Daud sebelum menunaikan solat Jumaat.

Majlis yang bersiaran secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed, Pengarah JIPS Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias.

Jurufoto: Koperal Aslam Syir Khan dan Koperal Irfan Bujang

1
Ketibaan Pengarah JIPS, CP Dato' Zamri Yahya.

2
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

3
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

7
Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada hari ini.

8
Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada hari ini.

9
Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada hari ini.

10
Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada hari ini.

11
Sekitar Solat Jumaat pada hari ini.

12
Sekitar Solat Jumaat pada hari ini.

13
Sekitar Solat Jumaat pada hari ini.

14
Sekitar Solat Jumaat pada hari ini.

15
Sekitar Solat Jumaat pada hari ini.

ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2021 10.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM